Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 20 Jun 2014

Video Noh Omar Pertahan Speaker Dewan Rakyat hukum N Surendren

Dewan Rakyat sekali lagi di jadikan medan perang dengan cara yang tidak betul oleh pakatan pembangkang yang cuba menentang keputusan speaker yang menghukum tindakan biadap N Surendren iaitu Ahli Parlimen Bagan Serai dan perkara ini sewajarnya tidak berlaku

Semalam admin pm banyak membaca komen2 sahabat fb tentang perkara ini dan ada dikalangan pengamal media sosial menyatakan berkemungkinan besar N Surendren sengaja melakukan kesalahan untuk makan gaji buta selama 6 bulan dan bermacam macam lagi komen yang tidak bersetuju dengan cara pembangkang itu

Isu ini agak menarik dibicarakan sehinggakan mendapat respon dari Ahli Parlimen Tg Karang yang lantang menegakkan kebenaran serta mendakwa bagaimana seorang peguam tidak tahu menghormati undang undang dewan boleh di anggap peguam,layakkah menjadi peguam bagi individu berperangsi sebegini sahabat pm.

Didalam video di atas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar menyatakan bahawa Ahli Parlimen Padang Serai N. Surendran sememangnya patut dihukum atas tindakannya yang mencemarkan kemuliaan Dewan Rakyat
.
Ujarnya lagi, kenyataan yang dikeluarkan oleh Surendran pada tempoh hari boleh mengelirukan fikiran rakyat.

"Kenyataan beliau yang mengatakan speaker Dewan Rakyat sebagai 'rubber stamp' dan menuduh speaker tidak memberi peluang kepada pihak pembangkang untuk berbahas dan bentangkan usul adalah tidak tepat," katanya.

Jelas Noh lagi, pada 7 April lalu, usul yang dibawa oleh Ahli Parlimen Sandakan Wong Tien Fatt telah diterima oleh Speaker Dewan Rakyat dan telah dibahaskan.

"Pada 18 Julai juga usul yang dibawa oleh Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi Chuan Aun telah kita terima dan dibahaskan," katanya sewaktu ditemui media di lobi Dewan Rakyat, hari ini.

Ujarnya lagi, tidak betul sekiranya Ahli Parlimen Padang Serai itu menuduh speaker dan pihak kerajaan mengenepikan suara pihak pembangkang.

Katanya, selama ini speaker juga tidak pernah berlaku tidak adil terhadap mana-mana ahli parlimen.

"Apabila dia (N. Surendran) buat kenyataan di luar, itu adalah satu penghinaan kepada dewan kerana kita tahu speaker adalah simbol perpaduan dan kemuliaan dewan," katanya.

Dalam pada masa yang sama Noh turut mengulas lanjut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali yang menggelar Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman sebagai 'personaliti hodoh'.
Jelasnya, apa-apa yang dikatakan dalam parlimen adalah imuniti melainkan ada unsur hasutan.

"Oleh itu kita kena hormat dewan yang mulia ini," katanya.
Jelasnya lagi, selama lima penggal beliau di dalam parlimen beliau melihat semakin ramai pembangkang, semakin mereka tidak mengikut peraturan dewan.

"Mungkin mereka nak tunjuk kuasa sebab mereka ramai," katanya.

Ujar Noh lagi, mereka (pembangkang) mentafsir peraturan dan menganggap bahawa mereka betul.

"Biarlah speaker dewan yang membuat tafsiran atau isu ini tidak akan selesai serta akan menjadi lebih kecoh," katanya.
Catat Ulasan