Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 9 Jun 2014

Undang-undang negeri batal jika melangkaui Persekutuan

KUALA LUMPUR – Kerajaan tetap berpegang teguh dengan prinsip kedaulatan undang-undang persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di negara ini dan mana-mana undang-undang negeri akan terbatal dengan sendirinya jika ia melangkaui undang-undang persekutuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, perkara itu sudah termaktub dalam sistem demokrasi raja berpelembagaan yang diamalkan Malaysia dan kerajaan persekutuan tidak akan bertolak ansur dalam perkara ini.
“Negara ini adalah negara demokrasi raja berpelembagaan bukan demokrasi raja mutlak atau raja pemerintah,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Shahidan diminta mengulas langkah kerajaan negeri Johor untuk membentangkan satu rang undang-undang baharu bagi menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang sedang berlangsung.
Hasrat kerajaan negeri Johor itu sebelum ini mendapat kritikan dan tohmahan pelbagai pihak sebelum Menteri Besarnya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semalam dalam sidang DUN menyatakan bahawa terdapat pindaan fasal dalam rang undang-undang itu khususnya peruntukan yang menyentuh peranan raja.
Pindaan dilakukan selepas pihak berkuasa negeri mengambil kira tohmahan dan reaksi pelbagai pihak selain mahu memelihara sistem demokrasi raja berpelembagaan yang diamalkan selama ini.
Shahidan berkata, sekiranya ada kerajaan negeri yang mahu memperkenalkan satu undang-undang baharu, ia haruslah dilaksanakan dengan baik dan tidak melangkaui undang-undang persekutuan.
Berkaitan pembinaan dan penyediaan perumahan untuk rakyat yang menjadi salah satu objektif dalam LPHJ, beliau berkata kerajaan persekutuan sudah melaksanakan tanggungjawab itu menerusi kementerian berkaitan dan agensi seperti Program Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).
“Mungkin mereka (kerajaan negeri Johor) ada alasan sendiri untuk membentangkan rang undang-undang itu, tetapi saya belum teliti lagi perkara yang terkandung dalam rang undang-undang itu,” katanya.
Dalam sidang media berasingan, Shahidan berkata Jabatan Peguam Negara akan menentukan sama ada rang undang-undang yang hendak dibentangkan kerajaan negeri Johor itu bertentangan dengan perlembagaan persekutuan.
Beliau turut menjelaskan institusi diraja tidak harus dilibatkan dalam urusan pentabiran kerajaan bagi mengelak timbul sebarang masalah dan melindungi kesucian institusi itu.
“Kalau boleh kita tidak melibatkan institusi diraja…supaya institusi ini dihormati dan jangan cuba terlibat dalam bidang yang boleh menyebabkan institusi itu ditegur dan tidak dihormati,” katanya. — Bernama
Catat Ulasan