Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 9 Jun 2014

Tindakan Majlis Peguam kritik PM dikesali


Double Standart dalam pentaksub Politik Pembangkang semakin Jelas KELIHATAN sahabat pm semua,Setelah Media Arus Perdana di serang dengan ugutan Saman dari mereka kini mereka nak mempertikai pula tindakan serupa pada pihak mereka APAKEJADAHNYA !!!
ALOR GAJAH – Tindakan Majlis Peguam mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyaman portal berita Malaysiakini seolah-olah telah melakukan penghakiman sebelum kes berkenaan didengar di mahkamah.
Menegaskan demikian, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sebagai pengamal undang-undang, badan itu tidak sepatutnya membuat sebarang keputusan sebelum meneliti fakta dan hujahan kes.
“Dengarkan kes, jangan buat penghakiman sekarang, lihat secara mendalam terlebih dahulu fakta dan hujahan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Pendidik Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Majlis Peguam baru-baru ini yang mendakwa tindakan mahkamah oleh Najib terhadap Malaysiakini sebagai menyalahi hak asasi manusia.
Mohd Shafie yang juga Naib Presiden Umno berkata majlis itu tidak sepatutnya melindungi hak satu pihak sahaja dan melupakan hak Perdana Menteri.
“Apabila Perdana Menteri dan kerajaan nak saman, mereka (Majlis Peguam) kata mesti menghormati hak.
“Dari segi hak, Perdana Menteri juga ada hak untuk melindungi diri dan kerajaan supaya jangan difitnah dan ditohmah melulu.
“Mereka pengamal undang-undang, bukan melindungi hak satu pihak, harus melihat hak yang lain,” katanya.
Pada 30 Mei, Najib selaku presiden Umno dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh memfailkan saman fitnah terhadap syarikat, ketua pengarang dan ketua editor laman web portal Malaysiakini berhubung penerbitan dua artikel bulan lepas.
Najib dan Ab Rauf (bagi pihak Umno) menamakan syarikat Mkini Dotcom Sdn Bhd, Ketua Pengarang Steven Gan dan Ketua Editor Fathi Aris Omar sebagai defendan pertama hingga ketiga.
Dalam perkembangan lain, Mohd Shafie berkata rang undang-undang penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) perlu diteliti secara mendalam kerana bakal memberikan implikasi yang besar khususnya terhadap Sultan Johor. – Bernama
Catat Ulasan