Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 10 Jun 2014

PM @NAJIBRAZAK PILIH ENGLAND DI PIALA DUNIA 2014

Nampaknya satu persamaan antara Admin pm dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang nampaknya memilih pasukan England di kejohanan Piala Dunia 2014 yang akan bermula pada Khamis ini di Brazil nanti. 

Walaupun mengakui pasukan Sepanyol mampu mempertahankan kejuaraan yang dimenangi oleh mereka pada kejohanan lalu, pasukan England tetap menjadi pilihan beliau.

"Pasukan England tetap bertahta di hati saya.." ujar Perdana menteri ketika diminta mengulas mengenai Piala Dunia 2014. Najib juga menjelaskan beliau amat meminati pasukan Brazil kerana corak samba yang amat terkenal. 

Selain itu, Najib juga kagum dengan permainan pasukan Sepanyol yang diakui sukar dikalahkan. Piala Dunia 2014 akan berlangsung di Brazil dan akan disiarkan secara langsung di seluruh dunia termasuklah Malaysia

Semoga England berjaya pada Piala Dunia kali ini itulah harapan yang di harapkan,bukan apa selama ini admin banyak meminati kelab kelab dari England terutama Manchester United dan secara tidak langsung sudah semestinya berharap pemain England dapat menyinar dalam Edisi Piala Dunia kali ini
Catat Ulasan