Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 13 Jun 2014

Penjawat awam, anda dipantau

Zainal (kiri) dan Mat Ali meluangkan masa melakukan pemeriksaan kesihatan pada majlis penutup Hari Terbuka Psikologi Zon Selatan di Dewan Theateratte, Wisma Negeri, semalam
SEREMBAN - Prestasi semua penjawat awam akan dipantau sepanjang musim bola sepak Piala Dunia 2014 yang bermula hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Seri Zainal Rahim Seman berkata, pemantauan itu turut membabitkan kad perakam waktu bagi memastikan tidak ada kakitangan yang lewat masuk kerja disebabkan menonton perlawanan bola sepak sehingga awal pagi.

“Jangan jadikan alasan menonton bola menjejaskan produktiviti dan prestasi kerja. Jika ada antara mereka yang tergelincir, tindakan disiplin akan dikenakan dan itu adalah perkara biasa.

"Bukan saja tidak hadir bertugas tetapi masalah lain yang menjejaskan prestasi kerja juga diambil kira dan dikenakan tindakan,” katanya.

Berikutan itu, beliau menasihatkan semua penjawat awam agar tidak 'bermalas-malas' ke tempat kerja sepanjang musim Piala Dunia ini.

“Mereka yang minat, boleh menonton pasukan mereka suka, tetapi waktu kerja mesti bekerja.

“Kalau masuk kerja jam 8 pagi, mesti masuk bekerja dengan penuh dedikasi sepertimana menonton bola dengan dedikasi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Hari Terbuka Psikologi Zon Selatan di Dewan Theateratte, Wisma Negeri, di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hassan.

Sementara itu, Zainal berkata, penjawat awam perlu mempunyai persediaan dan kemampuan beradaptasi dengan transformasi perkhidmatan awam.

Menurutnya, orang ramai mengharapkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam sentiasa memenuhi kehendak.

“Tafsiran transformasi perkhidmatan awam di mata rakyat cenderung tertumpu kepada kualiti penyampaian perkhidmatan awam itu sendiri.

“Mereka mahu karenah birokrasi dikurangkan dan langkah yang cepat dan tepat dapat diambil bagi menangani masalah berbangkit,” katanya. -SH
Catat Ulasan