Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 13 Jun 2014

NIK AZIZ BERANI SOUND DIYANA SEKARANG KENAPA TAK SOUND SEBELUM PRK TELUK INTAN?TAKUT HILANG UNDI KE TAKUT DAP ?

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh bekas calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud berhubung isu hudud namun kecut telor agaknya untuk bertegas dengan pemimpin pemimin Dap yang hari ini jelas menegaskan KONSISTEN MENOLAK HUDUD.

Semalam melalui calon pujaan Mat Sabu yang mengarahkan  semua ahli Pas mengundi Gobind Sing,jelas menentang usul yang di bawa Adun BN agar Hudud di bentang di Selangor
Utusan Malaysia melaporkan Nik Abdul Aziz membuat teguran tersebut ketika Dyana Sofya mengiringi Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang melakukan kunjungan hormat ke atas beliau di pejabatnya di Kompleks Kota Darulnaim pada Khamis akan tetapi mengapa teguran untuk Diyana sahaja dibuat,adakah Nik Aziz takut dengan Lim Kit Siang.
Menurutnya lagi seperti yang pm petik dari Utusan“Saya tidak setuju kenyataan awak mengenai hudud,”dan dalam pertemuan tersebut, Nik Abdul Aziz dikatakan turut menasihatkan Dyana Sofya supaya berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan pada masa depan akan tetapi yang admin pelik kenapa baru sekarang Nik Aziz baru nak tegur Diyana ni erk mungkin takut Diyana kalah dulu heeehee kalau batul Ikhlas menegur tegurlah sebelum PRK Teluk intan duu tapi baru sekarang nak tegur,kat situ sudah jelas kuasa di utamakan
Nasihat itu diberikan sebagai reaksi terhadap kenyataan Dyana Sofya yang dilaporkan berkata tidak akan menyokong pelaksanaan hudud ketika berkempen dalam PRK Parlimen Teluk Intan baru-baru ini.
Bagaimanapun, butiran lanjut perbualan antara Nik Abdul Aziz dan Kit Siang serta Dyana Sofya tidak diketahui kerana petugas media diarahkan beredar dengan alasan pertemuan itu sepatutnya diadakan secara tertutup.
Nampaknya hudud yang di mainkan oleh Pas rupanya hanya di jadikan sandiwara Politik pakatan pembangkang di Negara kita sahaja sahabat pm semua dan jika mereka benar benar Ikhlas memperjuangkannya mengapa mereka enggan bertegas dengan Dap,kalau dasar mereka bertunjangkan kebenaran maka pm anjurkan mereka keluar sahaja dari pakatan bersama kafir dap ni dan ianya tidak sedikitpun akan merugikan parti Pas pun sebaliknya menampakkan keiklasan mereka memperjuang agama,tunggu dan lihat sahaja bila lagi Pas akan meniup semboyan Hudud dalam pemilihan PRK atau PRU akan datang dan pastinya isu Hudud ini akan di mainkan mereka lagi
Catat Ulasan