Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 30 Jun 2014

MB SELANGOR SEORANG PEMIMPIN YANG PENIPU -S MANIKAVASAGAM

KUALA SELANGOR: Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Selangor yang baharu,JELAS MENYATAKAN KITA TIDAK MAHU MB YANG MENIPU RAKYAT S.Manikavasagam turut mendesak Tan Sri Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor selepas tewas pada pemilihan cabang itu, baru-baru ini seperti yang kita sedia maklum sebelum ini namun hakikatnya antara Khalid dan Azmin boleh diibaratkan 2x5 sahaja tak begitu sahabat pm semua
Perbalahan sesama mereka sebenarnya mendedahkan salah laku antara kedua insan ini dan walau di tukarpun situasi sama tetap berlaku maka sewajarnya jangan sesekali memberi kepercayaan pada PKR lagi pada PRU14 akan datang.
Malahan, Manikavasagam secara terang menyuarakan pandangan bahawa Azmin Ali adalah calon Menteri Besar yang paling sesuai untuk menggantikan Khalid.
“Kalau tanya saya, sudah pasti saya akan cakap Azmin sebab dia ‘bos’ saya.
“Tapi keputusan pilih Menteri Besar terpulang kepada Pakatan Rakyat. Bukan saya yang tentukan.
“Kita tak mahu seorang pemimpin yang menipu rakyat,” katanya kepada pemberita di pejabat penyelaras Dewan Undangan Negeri Bukit Melawati, di sini, Isnin.
Bekas Ahli Parlimen Kapar,  berkata sebelum ini Khalid pernah berjanji untuk membersihkan Sungai Klang dan pintu gerbang Little India, namun hingga sekarang masih tidak melaksanakannya.
“Saya sokong seratus peratus untuk beliau undur diri,” katanya.
Minggu lalu, Ketua Angkatan Muda Keadilan  Shamsul Iskandar Mat Akin juga mendesak supaya Khalid meletak jawatan namun sahabat pm pun tahu walau di tukar bagai tiada gunanya selagi pakatan yang memerintah selangor maka perebutan sesama mereka pasti berlaku terutama ketunya yang menjadikan PKR parti anak beranak merek sahaja.
Catat Ulasan