Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 25 Jun 2014

KJ BIDAS RAFIZI RAMLI BERHUBUNG SIKAP BURUK SANGKA YANG ADA PADA DIRI PEMIMPIN PEMBANGKANG ITU ?

INILAH HASIL KEPAKARAN RAFIZI SELAIN DARI ITU DIA JUGA DI KATAKAN  PAKAR BERCAKAP DENGAN MENGELENTONG RAKYAT ??BENARKAH DEMIKIAN JOM SAHABAT PM KITA SELIDIK !!!
KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini, menyangkal dakwaan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang mengatakan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, terpaksa ‘menggula-gulakan’ penjawat awam dengan menjanjikan kenaikan elaun sekiranya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan kerana sudah tidak mendapat sokongan golongan tersebut.
Khairy berkata, GST akan  menambah hasil pendapatan kerajaan dan dengan adanya penambahan hasil tersebut, pelbagai perkara yang boleh kerajaan laksanakan.
“Kita boleh salur peruntukan itu untuk pembangunan, kita boleh bina jalan, bina hospital dan boleh tambah subsidi ataupun kita boleh tambah elaun gaji kakitangan awam.
“Jadi apa yang disampaikan oleh PM itu cuma satu pilihan yang kerajaan boleh buat, bukan menggula-gulakan mereka,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda Umno di PWTC hari ini.
Dalam perkembangan yang sama, Khairy turut menambah kenyataan Perdana Menteri tersebut tiada kaitan dengan ‘janji manis’ kerajaan terhadap penjawat awam.
“Kiranya kita tambah hasil pendapatan kerajaan.
“Jadi memang betullah PM kata, kalau ada GST hasil kerajaan bertambah, bila hasil kerajaan bertambah macam-macam yang kita boleh buat.
“…itu pilihan kerajaan yang kemudian apa yang kita hendak guna duit rakyat apa yang kita nak buat itu atas program yang dibuat di peringkat dasar,” jelasnya lanjut.
Semalam Rafizi dalam satu kenyataan mendakwa bahawa pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) turut mendapat tentangan daripada penjawat awam.
Oleh itu bagi menambat semula hati penjawat awam, kerajaan terpaksa menawarkan pelbagai janji manis  kepada mereka.
“Hakikat bahawa  Datuk Seri Najib terpaksa menawarkan gula-gula seperti itu kepada penjawat awam mengesahkan tentangan hebat penjawat awam sendiri kepada keputusan Barisan Nasional dalam melaksanakan GST.
“Jika tidak, masakan Datuk Seri Najib sendiri terpaksa membuat pengumuman sedemikian rupa, apatah lagi dengan desakan Ceupacs (Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam)  agar gaji dinaikkan bagi membantu kakitangan awam berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup,” katanya
Catat Ulasan