Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 10 Jun 2014

Jais ikut SOP, tidak Se Umpama Taliban seperti didakwa DR Maza ?

SHAH ALAM - Serbuan dan penahanan seorang pengantin perempuan di sebuah kuil di Petaling Jaya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), awal Jun lalu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi berkata, tindakan itu adalah selaras dengan SOP sedia ada dan tidak menyalahi undang-undang.

“Jais mengikut SOP kerana mengambil tindakan segera setelah menerima aduan orang ramai dan tindakan itu dibuat untuk menyelamatkan akidah umat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Bagaimanapun beliau berkata, masa serbuan itu dilakukan dilihat tidak munasabah.

“Masa serbuan itu menjadi sebab dan kita akan membuat semakan bagi mengelak perkara sebegini berulang. Isu ini melibatkan agama lain dan sebab itu kita perlu menjaga kehormatan agama,” katanya.

Pada 1 Jun lalu, pasukan penguat kuasa Jais menahan pengantin perempuan, Zarena Abdul Majid ketika mahu melangsungkan perkahwinannya dengan pasangannya beragama Hindu, di sebuah kuil di Petaling Jaya.

Wanita berusia 32 tahun lengkap berpakaian pengantin itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4 Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.

Zarena yang merupakan kerani pentadbiran sebuah syarikat memberitahu, dia mengamalkan ajaran Hindu kerana dibesarkan oleh ibunya yang beragama Hindu sejak kecil.

Ketika dia masih kecil, bapanya yang memeluk Islam telah mendaftarkan nama dan status agamanya. Bapanya kemudian telah meninggalkan keluarga.

Zarena seterusnya merayu agar Jais membantu mengubah status nama dan agamanya dalam Mykad kerana beberapa kali permohonan sebelum ini ditolak disebabkan memerlukan pengesahan bapanya.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta Jais membantu permohonan pertukaran status agama Zarena.

“Kita minta Jais bantu wanita ini (Zarena) buat pertukaran agama yang diperlukan setelah beliau dikatakan tidak menganut agama Islam.

“Jais akan bantu permohonan Zarena yang ingin menukar agamanya,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan Majlis Dialog Belanjawan 2015, semalam.

Abdul Khalid berkata, berkaitan kontroversi pemeriksaan Jais ke atas Zarena ketika majlis perkahwinannya, kes itu sedang dalam proses untuk dijelaskan kepada umum.
Catat Ulasan