Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 4 Jun 2014

MB SELANGOR KUTUK JAIS ?

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menyalahkan Jabatan Agama Islam negeri itu (Jais) kerana tidak mematuhi operasi standard (SOP) apabila menyerbu majlis perkahwinan Zarina Abdullah Majid yang dijalankan mengikut upacara agama Hindu, Ahad lalu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan mengambil tindakan terhadap pegawai yang didapati tidak mengikut SOP yang ditetapkan.
“Kerajaan negeri telah mengarahkan Jais supaya membantu Zarina menukar status agamanya bagi menyelesaikan isu ini. Dia boleh menukar namanya kepada nama yang dia kehendaki.
“Siasatan awal menunjukkan wanita ini didaftarkan atas nama Islam kerana ayahnya seorang Islam. Bagaimanapun atas faktor peribadi dia tidak pernah mengamalkan cara hidup Islam,” katanya kepada pemberita selepas mempegerusikan mesyuarat Exco di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Rabu.
Abdul Khalid menyifatkan serbuan Jais sebagai perkara yang ‘memalukan’ bagi jabatan berkenaan.
“Menurut Jais ia bukan serbuan. Menurut polis ia satu serbuan, bagi pihak kita ia satu serbuan dan ini memalukan.
“Majlis perkahwinan sepatutnya menjadi detik paling indah dan  mereka tidak wajar merosakkanya, ” katanya.

Sementara itu Tun Dr Mahathir Mohamad pula hari ini berkata, sebagai pihak berkuasa agama, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memang berhak menyiasat agama seseorang, tetapi tidak patut menyerbu majlis perkahwinannya.

Sejajar dengan itu, beliau menyarankan Jais merujuk kepada al-Quran kerana di dalam kitab suci itu terdapat banyak larangan berhubung tindakan terhadap seseorang yang tidak mengaku beragama Islam.
    
"Kamu (Jais) boleh menyiasat, tapi tidak boleh menghalang orang berkahwin. Apabila kamu menghormati agama orang lain, orang agama lain juga akan menghormati kamu.
    
"Saya ingin mencadangkan supaya mereka (Jais) kembali kepada al-Quran dan tidak membuat tafsiran sendiri (mengenai ayat al-Quran)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk 'Contemporary Islamic Lifestyle: Fitting In or Taking the Lead' dalam Siri Syarahan Perdana Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini hari ini.
    
Bekas perdana menteri itu berkata demikian bagi mengulas laporan mengenai tindakan Jais menyerbu satu majlis perkahwinan di sebuah kuil Hindu di Petaling Jaya, Selangor Ahad lepas.
    
Jais mendakwa pengantin perempuan dalam upacara itu beragama Islam, tetapi wanita berkenaan menafikannya dan berkata bapanya menukar agamanya kepada Islam tanpa pengetahuan keluarganya. 
Catat Ulasan