Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 12 Jun 2014

ISU SAMAN MALAYSIAKINI - TPM BIDAS MAJLIS PEGUAM YANG BERAT PEMBANGKANG ?

INI LAH TAHAP PEMIKIRAN MACAI PEMBANGKANG..
Majlis Peguam harus menjadi sebuah badan berintegriti, adil dan saksama agar kredibiliti mereka sebagai pengamal undang-undang dihormati oleh rakyat dan bukannya seakan menjadi sebuah parti komponen kepada pembangkang

“Majlis Peguam harus bersikap berkecuali. Mereka adalah pengamal undang-undang maka mereka tidak boleh menyebelahi mana-mana parti politik.
“Apa yang dinyatakan oleh Presiden Majlis Peguam di dalam isu Perdana Menteri menyaman Malaysiakini mirip kepada agenda pihak tertentu yang boleh memporak perandakan serta menyebabkan persepsi rakyat begitu negatif kepada kerajaan memerintah. Ianya seperti wujudnya pendakwaan terpilih oleh Majlis Peguam
Majlis Peguam Malaysia  menerusi Presidennya Christopher Leong telah menggesa Najib supaya membatalkan saman fitnah ke atas portal berita Malaysiakini kerana beranggapan mana-mana ahli politik tidak boleh menjadikan tindakan saman ke atas artikel yang mewakili pandangan rakyat sebagai satu jawapan membalas kritikan tersebut, sama ada ia benar atau tidak..
''Kalau selama ini admin pm tengok,BN banyak mendiamkan diri dan hanya menjawab fitnah Meloyakini namun usaha itu kurang bertepatan kerana gagal menghalang perkara sama berulang kerana walau kita berjaya menjawab fitnah mereka akan tetapi berlambak lambak lagi fitnah akan di buat portal Meloyakini ni''-ADMIN PM

KUALA TERENGGANU – Tindakan perdana menteri memfailkan saman terhadap portal berita MalaysiaKini merupakan langkah wajar dan tidak bertentangan dengan hak sesiapa untuk mencari kebenaran, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau menegaskan bahawa langkah itu merupakan hak Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menuntut keadilan di mahkamah sekiranya merasakan beliau telah dianiaya.
Muhyiddin hairan dan menyifatkan agak luar biasa apabila Majlis Peguam melihat tindakan itu sebagai kekangan kepada kebebasan media dan melanggar hak asasi manusia.
“Kita sedia maklum di negara ini media ada kebebasan tetapi dalam masa sama wujud batas undang-undang, kuasa-kuasa tertentu yang tidak boleh dilanggar, lebih-lebih lagi jika membabitkan soal fitnah atau perkara yang boleh memalukan.
“Apatah lagi dalam hal ini, ia melibatkan perdana menteri khususnya kerajaan, maka itu merupakan hak beliau untuk bertindak bagi membetulkan keadaan menerusi proses perundangan,” katanya.
Timbalan perdana menteri berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan ‘Program Jom Bertani’ peringkat Kebangsaan di Kampung Nyiur Tujuh, Jerteh di sini hari ini.
Majlis Peguam dalam kenyataannya menerusi portal itu menganggap tindakan mahkamah yang diambil oleh Najib yang juga Presi­den Umno terhadap Malaysiakini berkaitan dakwaan rasuah, telah menyalahi hak asasi manusia.
Pada 30 Mei lalu, Najib dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh memfailkan saman terhadap Malaysiakini berhubung penerbitan dua artikel yang dianggap berunsur fitnah pada Mei lalu.
Najib selaku plaintif kedua, mengemukakan saman itu di Mahkamah Tinggi di sini atas kapasiti peribadi beliau manakala Ab Rauf sebagai plaintif pertama, bertindak bagi pihak Umno.
Menurut Muhyiddin, Majlis Peguam dan portal berita itu harus berlaku adil dalam usaha mengeluarkan kenyataan serta memberikan contoh melalui kes saman pemimpin tertinggi Singapura.
“Kalau berlaku di negara lain macam Singapura, Perdana menteri Singapura mengambil tindakan (saman), tiada pula pihak Majlis Peguam Singapura menyatakan itu melanggar hak asasi manusia dan kebebasan media.
“Kenapa kalau di Malaysia, dia (Majlis Peguam) beri nasihat suruh perdana menteri (batalkan saman). Kalau dah melampaui batas, itu adalah hak kita untuk bertindak mendapatkan suatu keadilan,” tegasnya.
Majlis Peguam Malaysia menerusi Presidennya Christopher Leong telah menggesa Najib supaya membatalkan saman fitnah ke atas portal berita Malaysiakini kerana beranggapan mana-mana ahli politik tidak boleh menjadikan tindakan saman ke atas artikel yang mewakili pandangan rakyat sebagai satu jawapan membalas kritikan tersebut, sama ada ia benar atau tidak. – Bernama
Catat Ulasan