Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 13 Jun 2014

HASIL KAJIAN MENUNJUKKAN PEMBANGKANG SUDAH HILANG KEPERCAYAAN RAKYAT,SATU TANDA POSITIF BUAT BN LEBIH BER USAHA


Apakah faktor yang menyebabkan mejoriti yang menyokong pembangkang kian hari kian merosot,dan ini merupakan tanda yang amat baik buat Kerajaan menambah baik segala usaha membantu serta memajukan Negara dan lebih penting membuktikan kepada Rakyat bahawa belum ada lagi parti yang boleh menandingi perjuangan membela Rakyat
Bagi Admin pm banyak faktor yang boleh di anggap punca sebenar mengapa Rakyat meninggalkan parti pembangkang terutama nya melibatkan masaalah di tindas Dap,isu ketua mereka di sabitkan Mahkamah meliwat,mungkin mereka sedar bersekongkol dengan golongan ini amat besar dosanya dan jalan terbaik adalah meninggalkan parti tersebut sekiranya was was
Dan faktor ter akhir yang pm nak katakan mungkin segala fitnah yang mereka lempar selama ini berjaya di tangani dengan baik kebelakangan ini,malah segala fitnah mereka berbalik kepada pembangkang sejak kebeklakangan ini di mana ahli mereka sendiri mendedahkan penipuan,rasuah politik,serta penindasan terhadap orang melayu yang di perjuangkan dap serta faktor Utama iaitu dap konsisten menolak hudud.
Landskap politik tanah air mutakhir ini agak panas meskipun sudah lebih setahun Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang diadakan pada 5 Mei tahun lepas, berlalu.
Sejak itu, sehingga kini enam Pilihan Raya Kecil (PRK) melibatkan dua kerusi Parlimen iaitu Bukit Gelugor, Pulau Pinang dan Teluk Intan di Perak manakala empat lagi meliputi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut (Terengganu), Sungai Limau (Kedah), Kajang (Selangor) dan Balingian (Sarawak).
Daripada enam PRK itu, BN bertanding di lima kerusi kecuali Bukit Gelugor manakala parti pakatan iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding dua kerusi (Kajang dan Balingian), DAP dua kerusi (Bukit Gelugor dan Teluk Intan) dan bakinya (Kuala Besut dan Sungai Limau) ditandingi PAS.
BN memenangi kerusi Kuala Besut, Balingian dan Teluk Intan manakala ketiga-tiga parti pakatan masing-masing menang satu kerusi iaitu di DUN Sungai Limau (PAS), Kajang (PKR) dan Parlimen Bukit Gelugor (DAP).
Pemerhati politik melihat trend keputusan pilihan raya kecil berkenaan. Jika diperhatikan setiap parti sama ada PKR, DAP atau PAS, kemenangan yang diperoleh mencatatkan penurunan majoriti undi dan jumlah undi diperoleh BN meningkat. Apakah ini memberi suatu petunjuk penting?
PENURUNAN MAJORITI
Di kerusi DUN Sungai Limau, meskipun PAS berjaya mengekalkan penguasaan di kerusi itu, ia menyaksikan penurunan majoriti yang ketara sehingga 61 peratus iaitu majoriti yang diterima ADUN PAS Mohd Azam Abd Samat hanyalah 1,084 undi berbanding majoriti 2,774 undi yang diterima bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak.
Begitu juga di DUN Kajang, apabila Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menang dengan majoriti 5,379 undi berbanding 6,824 undi yang diterima bekas penyandangnya Lee Chin Cheh daripada parti sama pada PRU13.
Undi yang diperoleh Dr Wan Azizah berkurangan 1,445 undi atau 14.4 peratus pada PRK DUN Kajang yang berlangsung pada 23 Mac lepas.
Meskipun dikuasai DAP sejak 2004, Ramkarpal Singh, anak kepada mendiang Karpal Singh yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Bukit Gelugor gagal meningkatkan majoriti biarpun sebelum ini pemerhati politik meramalkan beliau mampu melonjakkan majoriti undi berikutan elemen simpati ke atas kematian bapanya dalam satu kemalangan jalan raya.
Ramkarpal memperoleh majoriti 37,659 undi iaitu penyusutan kira-kira 12 peratus berbanding 42,706 undi yang diperoleh Karpal Singh.
TURUN MAJORITI PETANDA POSITIF UNTUK BN?
Adakah penurunan majoriti yang diperoleh pakatan pembangkang menjadi suatu petanda positif buat Barisan Nasional (BN)?
Apakah ia cerminan manifestasi rakyat yang menolak pakatan pembangkang dan mula menyokong kembali BN?
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat semasa mengulas perkara itu berkata ia adalah perkembangan yang positif kepada BN.
Namun, beliau mengingatkan bahawa perkembangan itu hanyalah petanda awal dan belum boleh diterjemahkan sebagai perubahan sokongan yang signifikan kepada BN.
“Peningkatan sokongan kepada BN memberi satu ekspresi sementara pemulihan sokongan rakyat kepada BN. Rasionalisasi pemikiran merupakan elemen yang penting dan faktor ini memberi harapan cerah kepada BN jika berterusan sehingga pilihan raya umum yang berikutnya.
“Apa yang berlaku dalam beberapa siri pilihan raya kecil ini boleh menjadi satu petanda awal,” katanya kepada Bernama.
MAJORITI BN SEMAKIN MENINGKAT
BN memenangi tiga kerusi daripada enam PRK yang diadakan iaitu DUN Kuala Besut, DUN Balingian dan Parlimen Teluk Intan.
Di DUN Kuala Besut, BN berjaya meningkatkan majoritinya sebanyak 0.06 peratus iaitu 158 undi, apabila Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman memperoleh majoriti 2,592 berbanding penyandang terdahulu Dr A. Rahman Mokhtar yang memperoleh majoriti 2,434 undi.
Parti pemerintah berjaya meningkatkan majoriti undi di DUN Balingian kira-kira 38 peratus apabila calon BN Yussibnosh Balo, 48, memperoleh mejoriti 6,911 undi berbanding bekas penyandangnya Tun Abdul Taib Mahmud yang memperoleh majoriti 5,154 undi.
Di Teluk Intan, BN berjaya merampas kembali kerusi itu daripada DAP menerusi calonya Datuk Mah Siew Keong dengan majoriti 238 undi.
Mah, 53, memperoleh 20,157 undi berbanding Dyana Sofya Mohd Daud, 27, yang mendapat 19,919 undi dengan beza undi kira-kira 0.012 peratus.
Samsul Adabi berkata meskipun senario semasa pilihan raya kecil menunjukkan BN kembali mendapat sokongan yang baik, ia bagaimanapun perlu disusuli dengan usaha keras untuk memastikan momentum pengundi yang berpihak kepada parti itu kekal pada pilihan raya umum akan datang.
“BN tidak boleh memandang senario begini dengan rasa yang selesa memandangkan sokongan yang diterima belum boleh dianggap signifikan,” katanya.
TINGKAT SOKONGAN
Mungkinkah penurunan sokongan kepada pembangkang didorong oleh unsur sabotaj?
Mengulas lanjut, Samsul Adabi berkata wujud juga faktor ‘himpitan’ yang menyebabkan berlakunya peralihan undi kepada BN.
Mengambil contoh PRK Parlimen Teluk Intan, beliau berkata bahawa pengundi Cina yang sebelum ini mengundi DAP telah beralih sokongan mereka kerana parti itu meletakkan calon Melayu manakala pengundi Melayu menolak calon DAP kerana menentang hukum Hudud, yang menjadi kewajipan orang Islam menyokongnya.
“Biar pun berlaku himpitan keputusan oleh orang Melayu dan Cina, dan mereka ini memihak kepada BN, ia belum boleh dijadikan sebagai perubahan sebenar pengundi,” katanya.
Beliau tidak menafikan sokongan di lima pilihan raya kecil sebelum ini, kecuali Balingian, memperlihatkan sokongan masyarakat Cina kepada BN semakin baik iaitu sekitar 20 peratus.
“BN perlu terus bekerja keras memastikan undi kaum Cina dapat ditingkatkan manakala pengundi kaum India masih lagi konsisten dalam keputusan mereka seperti mana PRU13 yang menyaksikan lebih 60 peratus menyokong BN,” katanya.
Selain itu, katanya kelemahan penguasaan dalam media sosial khususnya Facebook dan Twitter pada PRU13 perlu diatasi, agar ia dimantapkan dan diperhebat bagi memastikan rakyat menerima maklumat yang betul.
“Pembangkang hanya melakukan pembinaan persepsi terhadap BN sekaligus mengelirukan rakyat dan ia dapat dineutralkan menerusi rasionalisasi pemikiran,” katanya.

PARTI KELUARGA ANAK BERANAK BUKAN UNTUK RAKYAT !!!




Catat Ulasan