Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 11 Jun 2014

DAP AKAN BERUSAHA KAFIRKAN KHALED IBRAHIM DI SELANGOR ?

Inilah pemimpin yang di bangga banggakan Pas di Tasik Gelugor dahulu sehinggakan sanggup mengarahkan pengikutnya jangan mengundi calonnya yang didesak bertanding atas nama calon bebas dan lihat lah hasil usaha Pas menaikkan Kafir Harbi ini amat berhasil terutama bila calon yang bersuara ini juga menghina pas atas kekalahan di Teluk Intan

Setelah berjaya mendesak Hudud tidak di laksanakan di Kelantan kini Dapig ini cuba menentang pula Hudud di Selangor,Tahniah Pas kerana bersekutu dengan Kafir Harbi ini

PETALING JAYA: DAP Selangor tetap tidak akan membenarkan hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.
Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo berkata, beliau berikrar tidak akan membenarkan usaha itu menjadi kenyataan.
“Kami sudah berulang kali katakan, kami berpendapat bahawa sebarang undang-undang untuk melaksanakan hudud bertentangan dengan Perlembagaan.
“Justeru kami menentang sekeras-kerasnya cadangan memperkenalkan undang-undang syariah itu di negeri Selangor,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Gobind yang juga Ahli Parlimen Puchong berkata, undang-undang jenayah hanya boleh diluluskan oleh Parlimen dan bukannya Dewan Undangan Negeri (DUN).
Terdahulu, sebuah portal berita berbahasa Inggeris melaporkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik mencadangkan kajian untuk memperkenalkan hukum hudud di Selangor akan dibahaskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Isnin depan.
Cadangan itu diserahkan oleh Kamarol Zaki kepada Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh pada minggu lalu.
“Ia diserahkan minggu lalu oleh Inmind bagi pihak saya,” katanya Kamarol Zaki.
Inmind adalah Institut Perkembangan Minda, sebuah agensi yang dilantik oleh Adun Barisan Nasional (BN) di Selangor.
Hannah turut mengesahkan kajian mengenai hudud adalah satu daripada empat cadangan yang diterima daripada BN untuk dibahaskan.
“Saya masih belum membuat keputusan sama ada untuk membenarkan mereka membahas isu ini atau tidak,” katanya.
Keputusan cadangan itu hanya akan dibuat ketika mesyuarat Adun BN Selangor pada Selasa.
Usaha mStar Online untuk mendapatkan kenyataan Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Mohd Shamsudin Lias yang juga Adun Sungai Burong berhubung keputusan tersebut bagaimanapun tidak berjaya.
Catat Ulasan