Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 9 Jun 2014

Daftar Permohonan Skim Pinjaman Bazar Ramadhan 2014 (Mikro-i) : RM3000 Tanpa Faedah. Berminat?

Daftar Permohonan Skim Pinjaman Bazar Ramadhan 2014 (Mikro-i) : Pejam celik pejam celik, bulan puasa Ramadhan 2014 bakal menjelang tidak lama sahaja lagi. Alhamdulillah semoga umat Islam dapat berpeluang menikmati bulan Ramadhan yang penuh kemeriahan dan kerahmatan. Insyaallah.
Sempena dengan itu, kerajaan Malaysia tampil dengan melancarkan permohonan skim pinjaman Bazar Ramadhan 2014 (Mikro-i) kepada rakyat Malaysia dengan tujuan membantu kalangan penjaja dan peniaga di seluruh Malaysia. Ada yang berminat di sini?

Maklumat & Syarat Permohonan Pinjaman Skim Pinjaman Mikro-i Bazar Ramadhan 2014

  1. Anda boleh daftar permohonan skim pinjaman bazar Ramadhan 2014 dengan dana berjumlah RM45 juta
  2. Permohonan pinjaman bazar Ramadhan 2014 adalah pembiayaan tanpa faedah sehingga RM3,000
  3. Anda hanya perlu bayar balik skim pinjaman Bazar Ramadhan selama 2 bulan selepas berakhir Ramadan 2014 iaitu 50% perlu dijelaskan sebelum tamat bulan Syawal dan baki 50% lagi sebulan selepas bulan Syawal
  4. Anda semestinya warganegara Malaysia

    Pinjaman Bazar Ramadhan

    Cara Daftar Permohonan Pinjaman Bazar Ramadhan 2014 (Mikro-i)

    1. Daftar Permohonan Pinjaman Bazar Ramadhan 2014 (Mikro-i) di mana-mana cawangan Bank Rakyat yang berdekatan anda ataupun
    2. Melalui persatuan penjaja dan peniaga pun di daerah dan negeri di seluruh negara, anda juga berpeluang hantar permohonan skim pinjaman Bazar Ramadhan 2014 (Mikro-i) ini
    Ini adalah peluang terbaik kalangan rakyat Malaysia yang mahu cari pendapatan tambahan di Bulan Ramadhan 2014 kali ini tanpa mengharapkan bantuan cermin gelap (Along) untuk mendapatkan bantuan pinjaman.
Catat Ulasan