Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 9 Jun 2014

Cerita Najib tak dapat makan telur setengah masak

KUALA LUMPUR: Cerita yang dikongsi Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa beliau tidak dibenar makan telur setengah masak semasa melawat China baru-baru ini, membuatkan mereka yang hadir pada majlis perasmian Invest Malaysia 2014 di sini  ketawa besar.
Perdana Menteri berkata, semasa di Beijing, beliau tidak dapat menikmati telur setengah masak setiap pagi seperti biasa atas sebab kesihatan dan ada seorang pegawai kesihatan yang dilantik China untuk memastikan perkara itu.
“Saya biasanya suka makan telur setengah masak yang direbus dalam masa tiga minit, tetapi di China saya tidak berpeluang menikmatinya.
“Ada seorang inspektor kesihatan yang akan memastikan telur yang saya makan itu direbus selama 10 minit, jadi saya benar-benar sihat.” katanya dalam sesi perbualan selepas menyampaikan ucap tama di Invest Malaysia 2014 di sini, pada Isnin.
Sesi itu dikendalikan bekas Pengerusi Eksekutif PricewaterhouseCoopers Malaysia, Datuk Seri Johan Raslan.
Najib berkata, layanan istimewa yang diberikan kepadanya di China membuktikan tragedi kehilangan pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) pada Mac tidak menjejaskan hubungan antara Kuala Lumpur dan Beijing.
Perdana menteri melawat China dari 28 Mei hingga 2 Jun lepas bersempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Kuala Lumpur-Beijing.
Najib menekankan bahawa hubungan mesra dan rapat dengan pemimpin antarabangsa secara formal dan tidak formal, akan mewujudkan peluang besar dalam banyak perkara.
Berkongsi cerita lawatan Presiden Amerika Barack Obama di Malaysia pada April lepas, Najib berkata, beliau terpikat dengan kenderaan presiden yang dipanggil ‘The Beast’ itu dan berangan beliau ada sebuah.
“Saya berangan hendak dapatkan sebuah tapi saya tak fikir saya boleh dapat. Ia sebuah kenderaan yang amat selesa,” katanya bergurau. -Mstar
Catat Ulasan