Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 13 Jun 2014

BLOGER SEKS MANA LU MAHU LARI ?

Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee, 26, yang menghadapi pertuduhan mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan, tidak hadir di mahkamah hari ini dan gagal mengembalikan semula pasportnya kepada mahkamah sebelum 4 Jun lepas.

Hakim Abdul Rashid Daud mengeluarkan perintah itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Haffiza Jemali memaklumkan mengenai tertuduh mengingkari perintah mahkamah supaya pasportnya dikembalikan dan pihak pendakwaan memohon waran tangkap tanpa jaminan dikeluarkan terhadap tertuduh.
 "Tertuduh telah memohon kepada mahkamah supaya pasport itu diserahkan sementara kepadanya pada 18 Mei lalu dan akan mengembalikan pasport itu sebelum 4 Jun, namun dia gagal berbuat demikian," katanya.
Sementara itu peguam Chong Joo Tian, yang mewakili Tan tidak membantah permohonan pendakwaan supaya waran tangkap dikeluarkan terhadap anak guamnya kerana beliau sendiri tidak dapat menghubunginya.

Hanya Vivian Lee atau Lee May Ling yang dituduh bersama Tan, memulangkan semula pasportnya kepada mahkamah pada 3 Jun lepas. Prosiding hari ini hanya dihadiri Lee, 25. Mahkamah menetapkan 18 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Pada 12 Mei lepas, Tan dan Lee memperoleh pasport antarabangsa mereka bagi membolehkan mereka menjalani penggambaran dokumentari di Singapura bagi tempoh 18 Mei hingga 3 Jun lepas.

Dalam pada itu, Chong ketika ditanya pemberita mengenai penggambaran membabitkan pasangan itu di Singapura hanya menjawab, "penggambaran itu ditangguhkan", sebelum beredar meninggalkan mahkamah. 

Mengikut pertuduhan, Tan dan Lee, 25, didakwa memuat naik satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian-Alvivi' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers, mengikut Akta Hasutan 1948.

Ia mengandungi gambar dan komen bertajuk 'Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh...wangi, enak, menyelerakan !!!)' yang mengandungi  logo halal antara 11 dan 12 Julai tahun lepas di Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2 di sini.
Catat Ulasan