Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 25 Jun 2014

BACHOK BERTUKAR WAJAH DARI BANDAR PELANCONGAN ISLAM KEPADA BANDAR PELENCONGAN ISLAM ..???

Akhirnya Pas telah berjaya menaik taraf Bachok dari kononnya Bandar Pelancongan Islam kepada Bandar pelencongan Islam dengan menjadikan kawasan itu tempat berkumpulnya sampah yang bertimbun timbun

Isu Sampah di Bachok dibangkitkan oleh Adun mereka sendiri dan melalui sumber sahabat pm menyatakan Adun Tawang ,Exco PAS telah mengakui keputusan kerajaan jadikan Bachok pusat pelupusan sampah tidak berbincang dengan pemimpin tempatan amat di kesali.

Sambil beliau menyindir kerajaan Negeri Kelantan beliau jelas memaparkan sikap tidak puas hatinya kepada orang atasan yang membuat keputusan terburu buru itu

"Isytihar Bachok Bandar Pelancongan Islam, tapi jadi Pusat Pelupusan Sampah. Lalat banyak. Bau busuk."sindir Adun itu.

Rakyat Bachok juga dikatakan juga tidak senang dengan masaalah ini dan dikhabarkan oleh sahabat pm mereka turut mem perli pemimpin PAS dengan jolokan pada parlimen Bachok sebagai "Bachok Bandar Pelupusan Sampah Islam".

PAS Tawang kata kesan yang paling besar  dalam isu Sampah ini ialah penolakan rakyat pada PAS. Walau masih menang tetapi jumlah majoriti menurun mendadak dan Jelawat hampir jatuh ke tangan BN atas isu ini.

Dan atas faktor  takut Kalah pada PRU akan datang maka, ADUN PAS TAWANG minta pindahkan lokasi pelupusan sampah ke lokasi lain namun sehingga kini belum ada sebarang tindakan menyelesaikan masaalah Rakyat ini.
Catat Ulasan