Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 26 Jun 2014

Ahli PKR kecewa pada MB Selangor yang takutkan Anwar dan Wan Azizah demi buktikan salah laku Azmin Ali ?

Ahli PKR nampaknya semakin tidak bersetuju dengan kepincangan yang ada didalam pimpinan Khaled Ibrahim dan mendakwa Khaled Ibrahim tidak perlu takut kepada Anwar ataupun Wan Azizah sekiranya itu puncanya Khaled takut mendedahkan salah laku Azmin Ali
Selagi Tan Sri Khalid Ibrahim tidak menyerahkan laporan salah laku Timbalan Presiden Parti keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), selagi itulah Khalid akan terus diperbodohkan oleh ahli-ahli PKR yang tidak memihak kepadanya.
Laporan salah laku tersebut diberitahu, Khalid sebelum ini bakal mendedahkan kepincangan Azmin ketika menjadi Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Itu kata seorang ahli PKR cabang Hulu Langat,yang merasakan ahli PKR terus di perbodohkan oleh perebutan kuasa antara pemimpin pemimpin PKR dan menurut ahli kecewa seperti yg pm petik dari satu sumber,menjelaskan kisah seorang ahli yg kecewa iaitu Ramli Baharuddin yang bimbang melihat kecelaruan dalam parti kini semakin tidak terkawal.
“Ini bukan lagi soal merebut jawatan tetapi sebagai ahli, saya mahukan ketelusan daripada Khalid. Kalau benar sudah ada laporan salah laku Azmin, kenapa tidak diserahkan kepada SPRM untuk disiasat?
“Macam ada yang tak kena seolah-olah ada suara ghaib yang melarang Khalid untuk menyerahkan laporan tersebut. Saya tak berani menuduh sesiapa tetapi ahli yang melihat kini semakin hairan dan tertanya-tanya sama ada Khalid bercakap benar atau tidak.
“Kalau Khalid mengambil sikap berdiam diri, maka dia kena bersedialah untuk mengundur diri daripada dunia politik kerana sebagai pemimpin, dia tidak seharusnya menyembunyikan sesuatu yang boleh meruntuhkan parti,” katanya ketika dihubungi hari ini.
“Sekarang ni, disebabkan Khalid enggan menyerahkan laporan tersebut, di kalangan ahli mula bercakap sama sendiri mengatakan Khalid hanya buat cerita tentang laporan tersebut yang kononnya tidak wujud langsung.
“Apa yang dibimbangkan adalah keyakinan ahli terhadap parti. Jika hal ini berlarutan, tidak mustahil akan berlaku perpindahan ahli kepada parti lain,” tegasnya.
Katanya lagi, walaupun sekiranya dalang yang menghalang Khalid itu Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Datin Seri Wan Azizah sekalipun, Khalid wajib menjalankan tanggungjawabnya memulihkan parti dengan mendedahkan laporan salah laku Azmin yang berada dalam tangannya.
Catat Ulasan