Isnin, 9 Jun 2014

Ujian makmal Brunei juga dapati Cadbury tiada DNA babi

KUALA LUMPUR -Selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan tidak ada DNA babi di dalam produk coklat Cadbury melalui ujian makmal nampaknya kerajaan Brunei juga berbuat perkara yang sama.
Sebagai negara yang banyak berkongsi dengan Malaysia, Brunei yang hampir kesemua penduduknya beragama Islam juga mendapati tidak ada elemen babi dalam coklat berkenaan.
Melalui satu kenyataan akhbar Kementerian Hal Ehwal Agama Negara Brunei, pihaknya juga melakukan ujian ke atas dua coklat berkenaan baru-baru ini.
“keputusan analisa makmal yang dibuat oleh Pusat Sains Halal, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama dan Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan telah mendapati tiada DNA khinzir dikesan pada kedua-dua produk coklat Cadbury yang diuji,” ujar kenyataan yang sama

Kazim sanggah fatwa Al-Qaradawi

SHAH ALAM – Fatwa yang dikeluarkan oleh ulama terkenal dunia, Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengatakan gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan, termasuk di dalam produk makanan setelah ia ditransformasikan menjadi bahan yang lain mendapat sanggahan daripada pendakwah terkenal, Mohd Kazim Elias.
Mohd Kazim berkata, hukum melibatkan makanan haram dan halal merupakan isu yang besar dan tidak patut diperkecilkan oleh mana-mana pihak.
“Ni yang terbaru dia kata DNA babi halal dimakan, sebab dah diproses menjadi lain, dah pening kepala dah, dah keluar dah Facebook dah keluar dalam tulisan dia dah,” katanya.
Menurutnya lagi, umat Islam harus berpegang teguh kepada ketetapan Islam yang digariskan oleh mazhab yang selama ini menjadi ikutan kepada Muslim di negara ini.
“Keempat-empat mazhab Islam berpegang teguh bahawa apa sahaja yang berkaitan dengan babi tidak boleh dimakan, setiap benda makanan haram yang masuk dalam badan akan jadi daging.
“Kalau makanan itu makanan haram, nerakalah tempatnya bagi kita, kalau makanan itu halal maka syurgalah tempatnya untuk kita,” tambahnya.
Beliau dalam pada itu turut menjelaskan bahawa DNA yang terdapat dalam vaksin yang digunakan terhadap jemaah haji ialah DNA lembu, bukan DNA babi seperti yang didakwa sesetengah pihak.
“Kalau Majlis Fatwa Perak dapat tahu vaksin DNA babi disuntik ke dalam badan jemaah haji, sudah lama Majlis Fatwa Perak keluarkan hukum haram ke atas jemaah haji yang mahu ke Makkah,” tegasnya.

Sabtu, 7 Jun 2014

DOKUMEN LENGKAP WRIT SAMAN & PENYATAAN TUNTUTAN @NAJIBRAZAK PADA MALAYSIAKINI DIDEDAH

SELAMA INI UMNO HANYA BERDIAM DIRI APABILA DI FITNAH !!! BILA SINARIO INI BERUBAH MAKA BERMACAM MACAM ALASAN PULA PEMBANGKANG CIPTA!!!JADI INI DIA ADMIN PM JELASKAN APA YANG PM KITA NAK SAMPAIKAN MELALUI  DOKUMEN LENGKAP WRIT SAMAN DAN PENYATAAN TUNTUTAN DS NAJIB PADA MELOYAKINI MALAYSIAKINI
Menurut respon dari Fitnah yang di lempar geng geng Pakatan mengenai tindakan menyaman Meloyakini,Perdana Menteri telah menegaskan tindakan beliau hendak menyaman Malaysiakini bukanya bermaksud untuk menutup mulut pengkritik terhadap dirinya tetapi membuktikan yang perkara itu semata mata fitnah dan tiada niat lain.

Sebaliknya,menurut beliau tindakan undang-undang itu diambil selepas portal itu telah melanggar etika kewartawanan termasuk wujudnya perbuatan menyebar fitnah.

“Tuduhan portal berita itu telah melanggar peraturan kewartawanan. Jadi mereka telah dikemukakan surat saman.

“Saya ingin jelaskan tindakan ini bukan untuk mengeruhkan keadaan. Ia juga bukan tindakan untuk menutup mulut sesiapa,” katanya.

Najib berkata pemimpin pembangkang sendiri selama ini bertindak menyaman media prokerajaan.

“Apabila respon untuk sesebuah berita dalam talian, ia boleh menjadi juga sebuah beritanya sendiri. Kita semua kadang-kadang akan mendapatkan maklumat yang salah.

“Apa yang penting ialah bagaimana kita bertindak, respon dan meneruskan hidup,” katanya 

Setelah diberi tempoh dua hari tarik balik artikel yang fitnah beliau...akhirnya Datuk Seri Najib Razak telah fail saman terhadap portal berita Malaysiakini.Sambung baca berkenaan isu ini di sini sahabat pm semua





















2. Penyataan Tuntutan


































\







KHALED IBRAHIM TIDAK PEDULI BANTAHAN GOBIND SINGH DEO BERHUBUNG PEMBINAAN KIDEX

SHAH ALAM : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekali lagi dilihat tidak mempedulikan bantahan yang disuarakan oleh Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkenaan pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).

Apa yang lebih mustahak bagi beliau adalah memberi kefahaman kepada penduduk berhubung manfaat yang akan diperolehi lebih-lebih lagi di dalam menyelesaikan masalah kesesakan jalan di sekitar Petaling Jaya, Subang Jaya dan Damansara.

"Saya tidak menghalang beliau (Gobind) untuk menyatakan perasaan dan pandangannya. Saya akan meneruskan usaha saya untuk beri penerangan kepada rakyat.

"Adalah baik untuk kita mendengar penerangan LLM (Lembaga Lebuhraya Malaysia) dan UPEN (Unit Perancang Ekonomi Negeri) serta pihak Kidex jika perlu untuk menerangkan bagaimana perancangan untuk menyelesaikan kesesakan jalan raya yang dihadapi masa kini dan 20 tahun akan datang," katanya selepas merasmikan Kejohanan Terbuka Jemputan Antarabangsa Piala Foo Kok Keong di Kelab Shah Alam, petang tadi.

Sehubungan itu ujar Khalid, beliau tidak akan tunduk kepada desakan yang datangnya daripada wakil-wakil rakyat kerana ia penting untuk menjaga kepentingan rakyat pada masa akan datang.

"Saya tidak boleh membuat keputusan hanya atas desakan berdasarkan pemikiran politik sahaja. Kita kena ambil kira kepentingan rakyat dan bagaimana cara terbaik menyelesaikannya. Jika ia tidka betul, kita mesti cara jalan untuk perbetulkan. Bukan minta ia dihentikan tanpa sebab dan alternatif," katanya.

Gobind baru-baru ini mendesak menteri besar mengadakan pertemuan bersama Ahli Parlimen dan Adun untuk menerangkan status kerajaan negeri berhubung pembinaan Kidex.

Sebelum ini Khalid turut mengingatkan pihak yang membantah bahawa komitmen untuk menghapuskan tol hanya akan direalisasikan jika PR berjaya menawan Kerajaan Persekutuan.

Mengulas lanjut, kata Khalid, PR hanya menguasai Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang, yang tidak memiliki kuasa penuh untuk untuk menolak bagi memenuhi janji kepada rakyat Selangor dalam manifesto Pilihan Raya Umum lalu.

Tegasnya lagi sebagai Pengerusi Manifesto PR Selangor pihaknya tidak pernah gariskan janji untuk tidak wujudkan lebuh raya bertol apatah lagi ia di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan. 

KIDEX Akan Diluluskan Jika Penuhi Syarat

Kelulusan untuk memulakan pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) hanya akan diberikan sebaik sahaja kerajaan Persekutuan berpuas hati semua syarat telah dipenuhi oleh Kidex Sdn Bhd, syarikat konsesi lebuh raya tersebut.

Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata syarikat itu mempunyai masa12 bulan bermula daripada permeterian perjanjian konsesi pada 15 Nov, 2013 untukmemenuhi syarat-syarat tertentu seperti yang ditetapkan dalam dokumen itu.

"Antara syarat yang perlu dipenuhi syarikat itu adalah untuk menunjuk bahawa ia mempunyai keupayaan kewangan untuk membina lebuh raya dan perlu mendapatkan maklum balas orang ramai dengan mengadakan kaji selidik pendapat awam mengenai cadangan lebuh raya itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Fadillah berkata kementerian itu akan memantau dengan rapat perkembangan perkara tersebut dan semua pihak dinasihatkan meneruskan perbincangan mereka secara objektif.

Kidex Sdn Bhd perlu memaparkan maklumat mengenai cadangan pembangunan itu dan mengadakan sesi perbincangan dengan orang awam bagi mendapatkan maklum balas daripada penduduk di kawasan terlibat sebelum meneruskan pembinaan projek lebuh raya itu, katanya.

Lebuh raya sejauh 26.1 km itu akan menghubungkan Kinrara dan Damansara danmembantu mengurangkan kesesakan di Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) serta menjimatkan masa perjalanan.

ISU COKLAT CADBURY - BEKAS MUFTI PERLIS PERTAHANKAN JAKIM

Kerajaan Tidak Boleh Dipersalahkan Berkaitan Isu Halal-Haram – Dr. Asri
KUALA LUMPUR, 6 Jun – Bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berkata, rakyat tidak boleh menyalahkan kerajaan berkaitan isu halal haram sepertimana  isu coklat Cadbury yang kini sedang menjadi topik hangat perbualan rakyat, khususnya umat Islam di negara ini.

Jelasnya, ramai orang Islam di negara ini lebih berfikir tentang perkara haram dahulu daripada halal. Cara berfikir seperti itu adalah salah dari segi kaedah hukum di dalam agama.

“Asal setiap perkara itu seperti makanan, pakaian, kebudayaan,  asasnya adalah halal sehingga ianya terbukti haram. Rahmat agama ini datang menjadikan semua benda ini halal kerana Allah telah mencipta semua benda untuk kita. Apa sahaja pada asalnya adalah halal sehingga kita buktikan ianya haram dengan adanya dalil. Khinzir terbukti haram maka ia haram.

“Tapi apa sahaja yang zahirnya halal maka kita kira halallah. Islam itu mudah. Jangan kita memperlihatkan Islam itu sebagai satu agama yang amat susah sehingga ianya memberi gambaran buruk kepada mereka yang bukan Islam, sedangkan hakikatnya tidak seperti itu,” ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambah Dr. Asri, justeru itu rakyat tidak perlu berasa bimbang atau was-was apabila Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) di mana ia sebagai sebuah badan yang diberi tanggungjawab terhadap semua pengesahan halal, telahpun mengesahkan sesuatu perkara itu halal.

“Rakyat tidak perlu bimbang tentang hal ini. Apabila Jakim sudah mengesahkan sesuatu benda itu halal, seumpamanya dalam isu Cadbury ini, maka umat Islam tidak perlu ragu-ragu tentang perkara itu lagi.  Cuma dalam hal ini,  perlu diingatkan juga  bahawa apa yang  tidak berikan cop halal oleh Jakim  pula, ianya belum tentu haram,” jelasnya lagi.

MALAYSIAKINI CUBA PERDAYA ORANG LAGI !!!KALAU TAK MENIPU BUKAN MELOYAKINI NAMANYA ?

Janganlh mudah terpengaruh dgn hasutan pembangkang yg sengaja mahu menggagalkan Muafakat Johor.


JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau akan memegang kuasa eksekutif dalam Lembaga Perumahan dan Hartanah yang akan ditubuhkan oleh kerajaan negeri.

Beliau juga menolak dakwaan laporan portal berita, Malaysiakini yang mengatakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mempunyai kuasa mutlak dalam pelantikan lembaga pengarah dan pentabiran dalam lembaga berkenaan.

"Laporan itu sama sekali tidak benar kerana saya yang akan menjadi pengerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor dengan kuasa eksekutif yang diperuntukkan kepada saya," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pelan Induk Industri Pelancongan Negeri Johor dan Explore Johor
Fest 2014 di Senai, di sini.

Beliau menegaskan penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor adalah sama seperti Johor Corporation (JCorp) yang secara automatik peranan pengerusi dipegang oleh Menteri Besar. 

Bukan setakat Melayu bencikan Perjuangan DAP malah Kaum Cina pun sudah menolak perjuangan DAP

TERKINI: ADUN DAP LUYANG SERTAI MCA!!! #S14

Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah kawasan Luyang Dr Hiew King Cheu yang sebelum ini keluar daripada DAP September tahun lalu, kini telah menyertai MCA.

Dr Hiew yang juga bekas Ketua DAP Sabah dilaporkan The Star telah menyarahkan permohonannya untuk menyertai MCA kepada ketua parti negeri Wilson Yong di Kota Kinabalu pada Jumaat.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, yang menyaksikan majlis itu, berkata langkah Hiew ini akan membolehkan beliau berkhidmat terhadap DUN Luyang dengan lebih berkesan.

Mengalu-alukan kedatangan Hiew dalam parti itu, Liow menyifatkan Adun Luyang sebagai pemimpin yang berdedikasi yang memerlukan platform yang tepat untuk memberi khidmat kepada rakyat dengan lebih baik.

Beliau berkata, MCA mendapat restu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman untuk menerima Hiew dalam parti itu. - AIDC

Jumaat, 6 Jun 2014

Gambar pelajar Islam dalam gereja bukan di Malaysia Tapi boleh di jadikan Iktibar buat Malaysia

Walaupun bukan berlaku di Malaysia amat wajar di jadikan tauladan pada Rakyat Malaysia,Patutkah membuat perkara ini ,pegang lilin tiru semua apa mereka buat,takker bibit bibit yang akhirnya merugikan Islam jika salah langkah boleh melibatkan Murtad !!!

Semasa lawatan oleh bekas Presiden Indonesia, BJ Habibie ke Malaysia atas jemputan ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim awal Disember lepas, beliau ada menegaskan, “pluralisme adalah satu kekuatan, Indonesia dan Malaysia untuk hidup dalam masyarakat majmuk.”
Tambahnya lagi, elemen pluralisme itu perlu dipertahankan kerana ia merupakan faktor khas yang berjaya mewujudkan keharmonian dalam masyarakat yang pelbagai kaum dan agama.

Jelas seperti Habibie bangga dengan amalan pluralisme yang diamalkan di Indonesia termasuklah kewujudan penganut Islam berkahwin dengan orang Kristian, tanpa perlu non muslim itu bertukar agama, barangkali keunikan ini mahu terus dipertahankan oleh bekas Presiden indonesia itu.

Ucapan BJ Habibie itu yang diungkapkannya di Universiti Selangor (UNISEL) mungkin ianya tidak pelik bagi masyarakat Indonesia yang sebahagiannya sudah biasa dengan amalan pluralisme, tapi tidak di Malaysia.
Pluralisme agama secara dasarnya bermaksud semua agama sama sahaja tarafnya walau berbeza konsep ketuhanan dan kepercayaan. Tapi dalam Islam, konsep ketuhanan kita langsung tidak sama dengan konsep ketuhanan triniti Kristian, banyak bezanya

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan gambar sekumpulan penganut Islam yang terlibat dalam aktiviti keagamaan di sebuah gereja yang tersebar di laman media sosial bukan berlaku di Malaysia.
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Asisten Komisioner Asmawati Ahmad berkata, polis setakat ini tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung isu tersebut.
“Penyebaran gambar-gambar melalui media sosial yang seakan-akan cuba membayangkan bahawa sekumpulan muslim terlibat dalam aktiviti keagamaan di sebuah gereja, telah mencetuskan kegusaran dan ketidaktenteraman di kalangan masyarakat Islam di negara ini.
“Adalah disahkan bahawa gambar-gambar tersebut bukan melibatkan sebarang rakaman upacara yang berlaku di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Berdasarkan pemeriksaaan oleh mStar Online, gambar tersebut dirakamkan di Indonesia.
Pemilik Facebook, Gereja St.Fx.Kebon Dalem turut memuatnaik beberapa keping gambar mahasiswa Fakulti Ilmu Tarbiyah dan Keguruan IAIN Walisongo, Semarang mengadakan lawatan ke gereja tersebut pada 31 Mei lalu.
Menurut entri dalam Facebook tersebut, program itu dimulakan dengan penjelasan mengenai agama Kristian (Katolik) selain terlibat dalam upacara keagamaan mazhab tersebut.
Antara aktiviti lain yang dinyatakan semasa program itu adalah solat Magrib untuk mahasiswa beragama Islam dan sesi dialog mengenai perbezaan antara agama Islam dan Kristian.
Gambar-gambar tersebut mula tersebar di laman sosial sejak minggu lalu, menunjukkan sekumpulan remaja Islam memegang lilin di dalam sebuah gereja.
Sementara itu, laman web www.pmiigusdur.com turut menceritakan lawatan sekumpulan mahasiswa beragama Islam ke gereja tersebut.
Menurut laman web itu, lawatan untuk mempelajari dan memahami kepercayaan agama Kristian Katolik sudah lama dirancang oleh mahsiswa fakulti tersebut.

REMAJA KOREK KOREK KEMUDIAN DAH PUAS KOREK TAK PUAS ,LAST2 DI BAWAKNYA LARI

BILA nafsu menjadi raja dalam diri,dalam Masjid pun sanggup melakakukan dosa maka tidak kira di mana, kejahatan menguasai diri maka dosa pahala di tolak ketepi.
Apa nak jadi, semakin hari semakin banyak kes curi duit tabung masjid diseluruh negara.
Kejadian tersebut tidak dinyatakan berlaku di mana dan bila waktunya, tetapi gambar tersebut telah tersebar di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Dua orang remaja tersebut dipercayai menjalan kegiatan mencuri duit dari tabung masjid.
Kalau dulu orang gunakan besi atau dawai untuk mengorek duit yang berada dalam tabung kali ini semakin hebat apabila bawa lari terus satu peti tabung.

DAH MACAM FILEM BINI BINIKU GANGSTER LA PULAK

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintenden Lee Chong Chern berkata tiga suspek dalam video ‘Gadis Pailang’ akan didakwa.
“Ketiga-tiga dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. Bagi suspek pertama ada tambahan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. Kes ditetapkan untuk dibicara 23 Jun ini,” kata Lee kepada Astro AWANI.
Paparan video yang dimuatnaik di YouTube menggemparkan pengguna media sosial di negara ini tentang gejala buli di kalangan anak-anak muda di sekolah.
Video pergaduhan pelajar yang menunjukkan seorang pelajar perempuan dibuli dengan kejam oleh sekumpulan pelajar perempuan lain turut muncul dan mendapat kritikan di media sosial.
Video itu bermula dengan sekumpulan kira-kira 10 pelajar perempuan sedang lepak berdekatan tangga, mengambil gambar ‘selfie’ dan menunjukkan isyarat ‘peace’ di kamera.
Kumpulan itu sebaliknya mula menyerang mangsa yang dilihat berdiri di antara kumpulan tersebut.

Khamis, 5 Jun 2014

SAYA AKAN DESAK PKR JANGAN MERASUAH,JANGAN MAKAN SENDIRI ,KONGSI SIKIT,JADI JANGAN PECAT SAYA ? -CHEGU BARD

“Sekali pun keahlian saya digantung, saya tidak akan mengalah untuk berjuang mendapatkan keadilan dan akan terus mendesak Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga kebenaran terbukti bahawa mereka melakukan kesilapan.”itulah kata kata insan yang hilang sumber kewangan serta kuasa untuk bertapak dalam politik PKR
Walaupun sudah tahu yang PKR itu pembohong!!!Ketua dia pon pembohong tapi mengapa bodoh sangat yang masih nak tunggu dengan parti yang tidak adil pada kome tu dungu bard,kononnya saya sanggup menunggu lama untuk menerima keadilan pada dirinya haaaahaaa ingat ini filem Hindustan ker heeehee
Dungu Bard terpaksa berkata begini semata mata masih lagi berharap dapat mencari makan di dalam parti yang di dedahkan olehnya sendiri tentang parti yang merasuah untuk berkuasa tapi masih mahu menjadi sebahagian dari mereka 
Semalam, Lembaga Disiplin PKR memaklumkan Chegu Bard yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) digantung keahlian sehingga siasatan berkenaan aduan salah lakunya ketika pemilihan selesai.
Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong, berkata keputusan menggantung keahlian Chegu Bard diputuskan lembaga displin parti yang dipengerusikan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismil dalam mesyuarat biro politik, kelmarin (27 Mei).
Manakala anggota cabang Pasir Salak, Yusop Kamaruddin dipecat keahliannya ekoran kesalahan mengingkari arahan surat penggantungan.
Sahabat pm tengoklah puak puak pakatan ni bukti di tangan dungu bard langsung tidak disiasat seperti video serta bukti lain ada didedah pada umum ke?sebab takut hilang kuasa beranikah wan jijah pecat azmin?beranikah wan jijah pecat org besar2 lain yg merasuah untuk menang pemilihan