Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 12 Mei 2014

MUFTI KELANTAN TEGUR AZHAR IDRUS BERKAITAN KENYATAANNYA BERKENAAN SAMBUTAN HARI IBU HARAM

Meraikan sambutan Hari Ibu pada Ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun bagi umat Islam adalah harus,tapi yang admin pelik kenapa dengan sewenang wenangnya Ustaz Azhar Idrus kata Haram pulak kan yang jelasnya kita kena dengar hujah hujah mereka yang pasti tidak Haram menyambut hari ibu jika niat kita tu betul dan cara sambutan nya pun berlandaskan syarak 

Kes ini yang di mainkan sama lah macam sambutan hari kita mengigati tarikh sambutan Maulidurasul yang di katakan Nik Aziz Haram menyambutnya tapi sebenarnya jika kita nilaikan apa yang haramnya tak gitu sahabat pm semua


Menurut Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang membidas saranan Azhar Idrus  tidak menjadi satu kesalahan untuk anak-anak meraikan Hari Ibu bagi menghargai jasa insan istimewa itu yang banyak berkorban jiwa dan raga dalam mendidik serta membesarkan anak-anak.
   
"Mengucapkan Selamat Hari Ibu dan meraikan ibu yang melahirkan kita dan bersusah-payah membesarkan kita, mandikan kita dan membersihkan najis kita semasa kecil, adakah ia satu kesalahan?.
   
"Perkara yang dilarang dalam Islam adalah menderhaka kepada ibu.
   
"Kalau kita lakukan sesuatu yang 'harus' dan dapat memberi kegembiraan kepada orang lain termasuk ibu sendiri ia merupakan sedekah dan dikira mendapat pahala," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
   
Beliau mengulas dakwaan yang mengatakan haram untuk umat Islam menyambut hari berkenaan kerana meniru perayaan orang Kristian yang menyambut hari 'Mother of Church'.

Mohamad Shukri berkata Islam tidak pernah melarang umatnya mencontohi kebaikan orang lain termasuk Barat, namun sebarang perbuatan yang menyerupai upacara keagamaan lain serta bertentangan dengan syariat Islam amat ditegah.
   
Begitu juga menyambut Hari Ibu, beliau berkata umat Islam perlu memastikan pengisian sambutan itu berlandaskan syariat Islam sebenar, katanya.
   
"Macam hendak sambut Hari Ibu pun perlu dengan cara yang dibenarkan syarak jangan langgar batas-batas dalam Islam termasuk pergaulan bebas lelaki dan perempuan, ini tidak boleh," katanya.
   
Mohamad Shukri berkata walaupun tiada suruhan untuk meraikan Hari Ibu di dalam Al-Quran, namun terdapat ayat yang menekankan perlunya umat Islam berbuat baik kepada kedua ibu bapa.
   
Katanya, Islam meletakkan ibu pada kedudukan tertinggi malah Rasulullah SAW pernah ditanya seorang lelaki seperti hadis bermaksud:
   
"Ya Rasulullah! Siapakah yang lebih berhak saya berbuat baik?, jawab Rasulullah SAW: Ibumu.
   
"Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian siapa lagi? ujar Baginda: Ibumu.
   
"Lelaki itu bertanya sekali lagi: Kemudian siapa lagi? Jawab Baginda: Ibumu.
   
"Lelaki itu bertanya lagi: Siapa lagi? Baginda menjawab: Bapamu".
Catat Ulasan