Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 17 Mei 2014

Makcik Pas Lenggong buat laporan polis gara gara orang usik Moral mereka ?


LENGGONG - Seramai hampir 20 Makcik Pas Kawasan Lenggong membuat laporan polis berhubung kenyataan kontorversi yang menyamakan wanita bertudung labuh menyertai Himpunan GST sebagai pelacur.aiiikk marah pulak itu kan perumpamaan malah pendapat peribadi Mohd Radzi Othman
Pandai pulak mereka marah erk..perlu diingat sahabat pm semua Islam itu indah dan setiap tingkah laku kita akan menjadi bualan orang kalau kita buat itu perkara yang betul tu lain ceritanya dan bila benda yang tak betul di buat memang wajib di tegur dan jika nak menegakkan benang yang basah tu itu terpulang dan hakikat ini rakyat perlu tahu bahawa setiap hamba allah wajib berlandaskan AL Quran serta hadith sohih

Apabila pandangan peribadi di jadikan isu untuk apa semua ini?sedangkan andaian di buat hanyalah perumpamaan sahaja yakni seperti orang yang buat kesalahan ini ibarat disamakan dengan ini begitu juga sebaliknya
Apa yang mereka dapat jika mereka membuat laporan polis?sudah pastinya publisiti kononnya Umno ni zalim walhal itu pendapat pribadi beliau akan tetapi bagaimana pula tuntutan agama yang melarang kita berdemo terutama golongan perempuan ,bersentuh sentuh sesama bukan muhrim,terpekik telolong di khalayak ramai
Untuk menguatkan lagi hujah admin pm berkenaan isu ini sila klick di sini untuk melihat larangan oleh agama menentang Kerajaan melalui himpunan himpunan yang di halalkan oleh pas!!! persoalannya adakah pas itu Kerajaan Islam lihat juga di  sini sahabat pm semua
Bila agama di jadikan modal untuk berpolitik ini lah jadinya, sepatutnya golongan agamawan menjalankan peranannya menasihati serta membawa kejalan yang benar bukan membawa orang kejalanan untuk berlonggok bantah membantah serta menuding jari menuduh serta memainkan persepsi kononya Kerajaan Zalim

Namun hakikatnya mereka lupa tuntutan agama untuk bersatu sesama umat,dan ingin pm lontarkan satu persoalan iaitu apakah mereka menghalalkan semua perbuatan dap atau terpedaya dengan persepsi pembangkang, ingat harta di dunia bukan untuk diri sendiri hinggakan sesetengah insan bergelar ustaz berceramah perlu di bayar ribuan ringgit mengikut jam tertentu,bila di bayar menghasut orang menuju kejalanan untuk berdemo sedangkan prinsip di dalam i’tiqad Ahlus Sunnah wal-Jama’ah adalah mentaati dan menghormati pemerintah (pemimpin) di mana dia duduk di bawah kepimpinan atau kekuasaan pemerintah tersebut. Ini adalah sebagaimana yang telah dijelaskan melalui tulisan sebelumnya di link di atas
"Berkongsi ilmu"- Al-Maaidah:ayat 77,katakanlah:"hai ahli kitab,janganlah kamu berlebih-lebihan (melampaui batas) dengan cara tidak benar dalam agamamu, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang telah sesat dahulunya(sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia) dan mereka tersesat dari jalan yang lurus."(Al-maaidah)"

Meskipun dikritik hebat dan laporan polis dibuat terhadapnya, Setiausaha Sekretariat Pertubuhan Ilmuan Malaysia (Ilmu), Mohd Radzi Othman yang turut aktif dengan Majlis Ulama Muda Umno tidak akan memohon maaf berhubung kenyataan kontroversinya yang menggelar wanita bertudung labuh menyertai perhimpunan anti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei lalu sebagai pelacur kelas atasan.
Radzi berkata, beliau menulis kenyataan itu dengan "kewarasannya” dan menganggapnya sebagai satu perumpamaan yang tidak seharusnya dilihat sebagai satu kesalahan.
"Saya tidak akan minta maaf kerana kenyataan saya tidak salah. Mereka yang tidak faham jadi merekalah yang bodoh bahasa Melayu, bodoh akal budi Melayu.
"Itu adalah perumpaan, saya tidak kata secara hakikat, ia hanyalah analogi,” katanya ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider.
Sehari selepas perhimpunan membantah GST pada 1 Mei lalu, Radzi dalam akaun Facebook Abu Amru Radzi Othman menulis: "Muslimah tuduh labuh yang keluar berdemonstrasi adalah setaraf dengan pelacur atasan.
"Hendak saya samakan para Muslimah kaki demo ini dengan martabat Ummul Mukminin, jangan harap.
Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan membuat laporan polis terhadap Radzi di Balai Polis Sentul, Kuala Lumpur diketuai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nuridah Salleh.
Mereka menuntut Radzi membuat permohonan maaf dan menarik balik kenyataan biadap itu.
Bagaimanapun, Radzi berkata, kenyataannya itu diinspirasikan daripada novel Shit tulisan Sasterawan Negara, Datuk Shahnon Ahmad.
"Saya terinspirasi dengan kitab suci PAS, buku Shit tulisan Shahnon Ahmad yang dipertahankan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan yang dibanggakan pengikut PAS.
"Novel itu menceritakan pasal tahi, saya baca sejak sekolah menengah, kalau hendak saya minta maaf suruh Shahnon Ahmad minta maaf dulu ataupun Nik Aziz yang dulu pernah kata Tuhan itu samseng, suruhlah dia minta maaf," katanya.
Radzi berkata, tindakannya itu hanyalah mencipta analogi malah dalam Islam, ia turut digunakan oleh Allah, Nabi Muhammad dan para sahabat.
"Peribahasa dan perumpamaan adalah salah satu perbendaharaan Melayu yang wujud sejak dahulu.
"Saya memberi contoh ‘saudara anjing’ dan simpulan bahasa ‘terlepas anjing kurap terpeluk babi gemuk’ yang terdapat dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kerana itu biadap atau kurang ajar dalam sebuah metafora bergantung kepada kefahaman kita," katanya.
Radzi juga turut mengulas mengenai dalil digunakannya mengatakan muslimah bertudung labuh yang sepatutnya menjaga aurat dan akhlak, bukan terkinja-kinja di perhimpunan tersebut.
"Dalam sebuah hadis Nabi Muhammad pernah mengatakan perempuan yang memakai minyak wangi bagi tujuan untuk dibau orang ramai itu seperti penzinaan, pelacuran,” katanya.
Sementara itu, Penasihat Eksekutif Ilmu, Fathul Bari Mat Jahya dalam reaksinya kepada The Malaysian Insider berharap semua pihak memahami kenyataan Radzi itu dibuat atas kapasiti peribadinya.
"Isu membabitkan pandangan peribadi, jadi saya minta jangan kaitkan dengan jawatan kerana beliau tidak membuat kenyataan bagi pihak Ilmu dan Majlis Ulama Muda Umno baru ditubuhkan beberapa minggu lalu, strukturnya belum dirancang lagi," katanya. 
Catat Ulasan