Rabu, 30 April 2014

Anugerah Ikon Patriotik – RM 100,000.00 menanti pemenang

Program Pencarian Ikon Patriotik (AKU IP) merupakan pertandingan anjuran Biro Tatanegara (BTN), Jabatan Perdana Menteri yang dilaksanakan sebagai platform program patriotisme yang berbentuk lebih santai dan boleh diikuti oleh semua lapisan masyarakat.
         
  Pertandingan berkonsepkan perlumbaan realiti yang bertemakan ‘Anak Malaysia Jiwa Merdeka’ ini akan diadakan pada 14 Ogos 2014 hingga 17 September 2014 selama lebih kurang 35 hari. 



   SYARAT-SYARAT PENYERTAAN      
         
    Pihak penganjur berhak untuk meminda tempoh dan tarikh pertandingan serta syarat penyertaan pada bila-bila masa sahaja tanpa memberi notis terlebih dahulu.  
         
    Warganegara Malaysia.  
         
    –  Anak watan sesebuah negeri di Malaysia.  
         
    –  Berumur 21 hingga 40 tahun.  
         
    –  Fasih berbahasa Melayu.  
         
    –  Boleh berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris.  
         
    –  Mempunyai pengetahuan am yang baik.  
         
    –  Sihat tubuh badan. Sertakan sijil pengesahan doktor yang 
                        mengakui peserta sihat dan boleh mengambil bahagian 
                        dalam aktiviti fizikal.  
         
    –  Bersedia untuk mengambil bahagian dalam semua tugasan 
                        (sporting) yang mungkin berbentuk mental atau fizikal.  
         
    ¯  Setiap pasukan dua (2) orang sama ada lelaki atau 
                        perempuan atau campuran. Kedua-dua peserta perlu 
                        merupakan anak watan dari negeri yang sama di Malaysia.   
         
    Status perhubungan ahli pasukan adalah bebas sama ada 
                        adik beradik, suami isteri, kawan dan sebagainya.   
         
    ¯  Keutamaan diberikan kepada setiap pasukan yang 
                        mempunyai komposisi campuran kaum dan etnik seperti 
                        Melayu dan Cina atau Cina dan India atau Iban dan Melanau 
                        atau sebagainya.  
         
    Mempunyai lesen memandu (B2,D) yang sah.  
         
    Bebas daripada kesalahan jenayah.

HADIAH PERTANDINGAN

Hadiah-hadiah bagi pertandingan ini merupakan wang tunai dan dibahagikan kepada dua (2) peringkat iaitu Hadiah Mengikut Kategori dan Hadiah Peringkat Cabaran Negeri.


Hadiah pertandingan adalah seperti berikut :

i.     Anugerah Ikon Patriotik – RM 100,000.00 

ii.    Anugerah Berpasukan – RM 50,000.00

iii.   Anugerah Pasukan Popular – RM 30,000.00

iv.   Hadiah Setiap Cabaran Negeri – RM 5,000.00


PERHATIAN


Tarikh Tutup Permohonan ialah pada 16 Mei 2014.  
         
     – Saringan Pemilihan Awal oleh pihak Biro Tatanegara ialah pada 24-25 Mei 2014 jam 9.00 pagi-12 tengahari. Pendaftaran yang lewat ketika Saringan Pemilihan Awal tidak akan dilayan.  
         
     – Borang penyertaan dan syarat-syarat pertandingan boleh diperolehi dan dihantar menerusi permohonan di laman web secara atas talian (online) di www.ikonpatriotik.com  
         
   

Hanya peserta yang mendaftar atas talian sahaja (online) yang boleh menghadiri sesi Saringan Pemilihan Awal. Sila bawa bersama borang pendaftaran yang telah dicetak beserta sijil kelayakan semasa sesi Saringan Pemilihan Awal.

Catuan air di Selangor, KL, Putrajaya ditarik balik esok,namun masaalah tidak di jamin kekal ?

Catuan air di Selangor, KL, Putrajaya ditarik balik esok - SPANPengerusi SPAN, Datuk Ismail Kasim. - Foto Khairull Azry Bidin
KANGAR: Pelan catuan air peringkat 1, 2, 3 dan 4 di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang bermula pada 27 Februari lalu akan ditarik balik berkuatkuasa esok.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Ismail Kasim, berkata mulai esok, pengguna air di kawasan terbabit dapat menikmati bekalan air seperti biasa. Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dijadualkan mengumumkan perkara itu di Shah Alam petang ini. 


Keputusan menarik balik pelan catuan air itu disahkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi menerusi satu surat rasmi bertarikh 29 April 2014.

Dalam surat itu, Mohammed Khusrin menyatakan perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Air Negeri Selangor Mengenai Catuan Bekalan Air yang dipengerusikan oleh Menteri Besar kelmarin.

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Setiausaha Kanan Kementerian Teknologi Hijau dan Air, Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), wakil daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor serta wakil Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Puncak Niaga Sdb Bhd (PNSB), Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS).

"Walaupun paras Empangan Sungai Selangor masih belum mencapai 50 peratus, namun berdasarkan kepada pelan kontigensi yang disediakan dan dengan terdapatnya lebihan air mentah di Sungai Selangor berikutan hujan yang turun beberapa hari ini, kerajaan negeri bersedia supaya pelan catuan air ditarik balik berkuatkuasa 1 Mei 2014," katanya.

Ronaldo catat rekod baru Liga Juara-Juara

Ronaldo menjaringkan golnya yang kedua dan yang ke-16 keseluruhannya dalam persaingan Liga Juara-Juara Eropah menentang Bayern Munich di peringkat separuh akhir pada Selasa, sekaligus mencatatkan rekod baru kejohanan mengatasi rekod yang dipegang oleh Lionel Messi sebelum ini.
CRISTIANO Ronaldo memecah rekod Lionel Messi dengan menjaringkan golnya yang ke-16 dalam Liga Juara-Juara Eropah iaitu yang terbanyak dalam satu musim.
Dia mencatat sejarah itu apabila meledakkan dua gol ketika menentang Bayern Munich di allianz Arena pada peringkat separuh akhir kedua, Selasa.
Ronaldo, 29, masih mampu menambah rekod tersebut dalam perlawanan akhir nanti menentang sama ada Chelsea atau Atletico Madrid.
Lionel Messi sebelum ini memegang rekod tersebut dengan menjaringkan 14 gol untuk Barcelona ketika musim 2011-12.
Sejak menyertai Madrid dari Manchester United pada 2009, penyerang antarabangsa Portugis itu telah menjaringkan 250 gol dalam 243 perlawanan.
Ronaldo juga merupakan salah seorang daripada tiga pemain sahaja dalam dunia yang telah menjaringkan 50 gol (Ronaldo 51 gol dalam 50 perlawanan) atau lebih untuk satu pasukan dalam sejarah kejohanan ini.
Dua lagi pemain ialah Raul (Real Madrid – 66 gol) dan Messi (Barcelona -67 gol).- MStar

Pendirian Umno kekal ''Hudud tidak adil jika hanya untuk orang Islam'' – Tun Mahathir ?

Dr Mahathir, tidak pernah sama sekali menolak hukum hudud seperti yang dituntut dalam agama, tetapi jika undang-undang itu mahu dilaksanakan, ia perlu menegakkan keadilan tanpa mengira sama ada kepada orang Islam atau bukan Islam.
“Saya berpegang kepada ajaran Islam. Dan surat saya kepada Nik Aziz berdasarkan Islam, bukan apa yang dikatakan sebagai sekular…
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir menegaskan, pendirian beliau untuk menolak cadangan Pas untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan pada 1993 masih tidak berubah kerana ia tidak menekankan prinsip keadilan sebenar seperti yang dianjurkan dalam al-Quran.
Dr Mahathir berkata, beliau tidak menolak hukum hudud seperti yang dituntut dalam agama, tetapi jika undang-undang itu mahu dilaksanakan, ia perlu menegakkan keadilan tanpa mengira sama ada kepada orang Islam atau bukan Islam.
“Saya berpegang kepada ajaran Islam. Dan surat saya kepada Nik Aziz berdasarkan Islam, bukan apa yang dikatakan sebagai sekular…
“Dalam hudud dan al-Quran, yang ditekankan adalah keadilan. Di Malaysia, kamu tidak akan dapat keadilan jika cuba menggunakan undang-undang hudud pada orang Islam dan bukan Islam pula dikecualikan,” katanya.
Menurut Dr Mahathir, beliau pada 1994 telah meyakinkan PAS untuk menggugurkan tuntutan untuk pelaksanaan hudud kerana ia tidak Islamik.
Ditanya punca kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seolah-olah terbuka terhadap hasrat Pas membangkitkan semula cadangan melaksanakan hudud di Kelantan, Dr Mahathir berkata, ia mungkin ada kaitan dengan usaha meraih sokongan.
“Mereka fikir mungkin kerajaan memerlukan sokongan,” kata Mahathir kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
“Semasa masa saya, saya mengetuai kerajaan yang sangat kuat dengan majoriti dua pertiga (di Parlimen),” tambahnya.
[Berita lanjut menyusul]

Anwar Ibrahim - Kita tidak boleh bicara soal hudud sedangkan sistem penghakiman Mahkamah Syariah Juga tidak Bebas ?

 Adakah Anwar dan Mustafa Ali orang pertama yang di Hukum ?

MALAYSIA TIADA INSTITUSI SESUAI LAKSANA HUDUD, BINCANG DENGAN PAKATAN DAHULU, KATA ANWAR HAAAHAAAA...LEPAS TU IKUT SARANAN TUAN LIM GUAN ENG ERK ?


Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa ucapannya di sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini. Beliau mencadangkan PAS membincangkan keputusannya untuk melaksanakan hukum hudud di Majlis Pimpinan PR. – Berita admin pm petik dari seruan anwar di tulisan The Malaysian Insider 29 April, 2014.

Malaysia masih belum mempunyai institusi yang sesuai untuk melaksanakan hukum hudud Islam, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua pembangkang itu berkata, ekoran perkara itu, PAS seharusnya berbincang bersama rakan komponen mereka daripada Pakatan Rakyat (PR) sebelum membentangkan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 di Parlimen.

"Kita tidak boleh membayangkan situasi apabila kita cuba laksanakan sesuatu yang kita anggap penting kepada agama, sedangkan tiada institusi untuknya," kata Anwar ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Anwar berkata, sistem kehakiman di negara ini juga masih mempunyai kelemahan dari aspek perundangannya, sekaligus menyukarkan ‎implementasi hudud di mahkamah.
"Kita tidak boleh bicara soal hudud sedangkan sistem penghakiman kita masih tidak bebas. Saya boleh kemukakan banyak‎ contoh, termasuk Mahkamah Syariah.

"Siapa yang akan laksanakan hudud? Hakim bagaimana? Adakah mereka bebas?" katanya kepada pemberita apabila disoal tentang persediaan Malaysia untuk melaksanakan hudud.
‎Pemimpin pembangkang itu juga berkata, PAS perlu membawa isu hudud kepada perbincangan Majlis Pimpinan PR bagi menjelaskan semua isu tersebut.

"Dan tentunya dalam soal hudud ini, pendirian PAS yang konsisten menjadi kontroversi kerana mahu membawa rang undang-undang persendirian ke Parlimen.

"Sebab itu kita putuskan ia dibincangkan di Majlis Pimpinan PR," kata Anwar kepada pemberita. 

Jom Hantar Referendum bantahan ?

INGATAN BUAT PENTAKSUB PAKATAN PEMBANGKANG DEMO GST TUKAR KEPADA DEMO  AIR BUIH SELANGOR ?
Rakyat perlu bijak memainkan peranan berfikir secara logik yang mana satu perlu dipilih antara GST dan masaalah keperluan asas yang sekian lama membelenggu Selangor
Kuala Lumpur: Pemuda UMNO meminta rakyat Selangor membuat referendum sebagai bantahan terhadap kegagalan kerajaan negeri Selangor menyelesaikan krisis air yang berlanjutan di negeri itu sejak lebih dua bulan lalu.
Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, malah pergerakan itu turut mendesak kerajaan negeri mengakui kegagalan mereka mengatasi krisis membabitkan hampir 7 juta pengguna di negeri itu, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
“Kalau tak mampu selesaikan krisis itu, mengaku saja tidak dapat selesaikan...ini rakyat tengok hujan tiap hari, tetapi di rumah tiada air.
Kita lihat mereka (pembangkang) begitu sibuk nak buat demonstrasi membantah GST, tapi masalah keperluan asas rakyat ini pula gagal diselesaikan.
“Sebelum pilihan raya umum dulu janji macam-macam, tetapi kini masalah ini sudah berlarutan dan rakyat yang menanggung kesusahan, jadi apa perlunya kerajaan negeri beri air percuma tapi tiada air,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Sehubungan itu Khairul Azwan berkata, Pemuda sedia membantu rakyat Selangor membuat referendum bantahan itu dan melihat sejauh mana kerajaan negeri mampu menangani isu berkenaan.
Dalam perkembangan berkaitan, pengumuman mengenai catuan air oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sepatutnya berlangsung jam 2.30 petang, semalam ditangguhkan hari ini.
Pada mulanya, Abdul Khalid melalui akaun Twitter memaklumkan pengumuman berkenaan yang akan dibuat semalam.
Namun, tiga jam kemudian, menerusi akaun Twitternya memaklumkan sidang media pengumuman mengenai catuan air itu ditangguhkan kepada hari ini.
Bagaimanapun, tiada sebab dinyatakan bagi penangguhan itu, namun dipercayai Abdul Khalid akan membuat pengumuman selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri yang akan berlangsung hari ini.
Foto
KHAIRUL pada sidang media di Menara Datuk Onn, semalam.